DASAR KUALITI FAKULTI PERAKAUNAN
FPN komited untuk menyediakan program yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan ke atas perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan bagi melahirkan graduan profesional yang cemerlang dalam bidang Perakaunan untuk memenuhi kehendak pelanggannya serta selaras dengan visi Universiti Teknologi Mara.
OBJEKTIF KUALITI FAKULTI PERAKAUNAN 2021-2025
- Mencapai enrolmen 4,000 pelajar sepenuh masa menjelang tahun 2025
- Memastikan kurikulum Program Sarjana (2 tahun pengajian) disemak setiap 4 tahun dan Program Sarjana Muda (4 tahun pengajian) disemak setiap 5 tahun
- Memastikan pelajar bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan untuk setiap peperiksaan mengikut peringkat pengajian
- Sarjana Muda (90%)
- Sarjana Kerja Kursus (80%)
- Sarjana Penyelidikan (5%)
- PhD (5%)
- Memastikan sekurang-kurangnya 20% pelajar Doktor Falsafah bergraduat setahun
- Mengekalkan Platinum status untuk Program ACCA
- Memastikan 100% staf akademik terlibat dalam penerbitan, penyelidikan atau inovasi pada tahun semasa
- Memastikan 100 penerbitan berindeks diterbitkan setahun (WOS/Scopus/ERA/MyCite)
- Memastikan sekurang-kurangnya 20 projek penyelidikan baharu berdaftar setahun
- Memastikan jumlah geran penyelidikan mencapai RM1.5 juta setahun
- Memastikan 1 produk penyelidikan, konsultansi atau penerbitan dikomersilkan dalam tempoh 5 tahun
- Mengendalikan 30 aktiviti jaringan masyarakat dalam tempoh 1 tahun
- Memastikan kadar kebolehpasaran graduan Sarjana Muda dan program profesional melebihi 85% setiap tahun
- Memastikan penganjuran 1 seminar kebangsaan setiap setahun dan 1 seminar antarabangsa setiap dua tahun oleh pelajar
- Memastikan sekurang-kurangnya 50% staf akademik memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran dan 30% memiliki kelayakan profesional menjelang 2025
- Semua staf menghadiri latihan 42 jam setahun