Select your language

APPLY  |  GIVE  |  LINKS  |  ALUMNI
Program Desa Angkat Fakulti Perakaunan x Kampung Kuantan

Program Desa Angkat Fakulti Perakaunan x Kampung Kuantan

Tarikh: 10 & 11 Oktober 2025
Tempat: Kampung Kuantan, Kuala Selangor


Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah berjaya melaksanakan Projek Bersama Kampung Angkat Kampung Kuantan 2025 yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM. Program ini menjadi platform jalinan kerjasama erat antara warga UiTM dan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak seperti Waste to Wealth, Program Motivasi, aktiviti Desa Angkat, Sesi Pengenalan Catur, Perkongsian Apam Balik, Gotong-Royong Chalet Pak Abas serta Rewang Mesra yang penuh semangat kekitaan dan silaturrahim.

Program ini bukan sekadar menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan khidmat masyarakat, malah turut memperkukuh jalinan ukhuwah antara universiti dan komuniti setempat. Melalui pendekatan ilmu dan kerjasama erat ini, UiTM terus memainkan peranan aktif sebagai pemangkin pembangunan masyarakat luar bandar serta peneraju kepada kelestarian sosial dan pendidikan untuk generasi akan datang.

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

HEA  HEP

Admin  PJI

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor |  34,695
Pageviews |  1,358,548

*Data source: Awstats