Tarikh: 9 - 10 Mai 2026
Tempat: Kampung Kuantan, Kuala Selangor
Fakulti Perakaunan UiTM Selangor Kampus Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Program Desa Angkat 2.0 pada 9 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Program yang melibatkan 30 staf dan 35 pelajar ini bertujuan memperkukuh jalinan antara universiti dan komuniti melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi. Antara pengisian utama termasuklah Majlis Penyerahan Anak Angkat, pertandingan catur sekolah rendah, serta siri bengkel pendidikan seperti Literasi Digital dan Literasi Kewangan yang dihadiri oleh usahawan tempatan serta persatuan ibu tunggal.
Selain perkongsian ilmu, Fiesta Kampung Kuantan turut dimeriahkan dengan gerai jualan keusahawanan dan kiosk informasi daripada pelbagai unit UiTM serta agensi luar seperti AADK. Inisiatif ini bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap literasi kewangan dan digital masyarakat setempat, malah memberikan pengalaman berharga kepada para pelajar dalam menyelami kehidupan komuniti. Syabas diucapkan kepada semua warga fakulti, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), dan penduduk Kampung Kuantan serta Kampung Tanjung Siam atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini.







