Tarikh: 19 Jun 2026
Tempat: Pusat Sumber, SMK Bandar Saujana Utama (2)
Program Ceramah Kerjaya USR (University Social Responsibility) - Islamic Accounting and Finance Talent Cluster Bersama SMK Saujana Utama 2 telah diadakan pada 19 Jun 2026 bertempat di pusat sumber sekolah berkenaan.
Seramai 70 orang pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Perniagaan menghadiri program tersebut.
Program ini diterajui oleh Dr. Nurhazrina Mat Rahim (Ketua Islamic Accounting and Finance Talent Cluster) dan menampilkan Encik Ridzuan Hashim sebagai penceramah jemputan khas yang berkongsi kepakaran mengenai hala tuju pelajar selepas menamatkan peperiksaan SPM.







