APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILTY (USR) PROGRAMME: BACK TO SCHOOL BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH KASIH HARMONI, SUNGAI BULOH

Tarikh : 16 Mac 2023 (Khamis)
Masa : 10.15 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh
Penaja: Yayasan Bank Rakyat

Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam telah menganjurkan Program University Social Responsibility (USR) “Back to School” bersama Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.

Seramai 109 anak-anak Rumah Kasih Harmoni telah menerima bantuan berupa pakaian dan peralatan sekolah sebagai persediaan untuk sesi persekolahan.

Bantuan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yayasan Bank Rakyat. Program ini telah dihadiri oleh Prof. Dr Haslinda Yusof, Dekan Fakulti Perakaunan; PM Dr Suhaily Hasnan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan Industri); Encik Ismi Ridhwan Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan; Cik Nur Hayati Ab Samad, Koordinator ICAN; staf RICAEN Fakulti Perakaunan, serta pensyarah-pensyarah di bawah FACT Talent Cluster: Strategic Management Accounting dan Digitalization Accounting. Manakala, wakil dari Yayasan Bank Rakyat pula adalah En Mohd Mukhti Abd Rahman, Ketua Bahagian Operasi dan En Muhammad Khalil Kader Mydin, Eksekutif Projek Yayasan Bank Rakyat.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah persembahan silat dan nasyid yang dilaksanakan dengan begitu istimewa oleh anak-anak Rumah Kasih Harmoni. Melalui program ini, anak-anak Rumah Kasih Harmoni secara tidak langsung turut diperkenalkan dengan UiTM.

Hasrat utama Fakulti Perakaunan ialah untuk membantu dalam membangunkan Rumah Kasih Harmoni ini terutamanya dalam aspek akademik dengan memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan. Melalui beberapa cadangan aktiviti yang telah dirancang, Fakulti Perakaunan berharap akan dapat membantu anak-anak ini untuk mencapai kejayaan akademik yang lebih tinggi bagi membolehkan mereka menggapai masa depan yang lebih cerah

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats