APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

MAJLIS PENUTUP UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR)

MAJLIS PENUTUP UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR): PROGRAM KHIDMAT PENGAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DAN PEMANTAPAN ILMU BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR BANDAR PUNCAK ALAM

Tarikh : 9 November 2023 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari
Lokasi : DK300, Fakulti Perakaunan

 

Pada 9 November 2023, Fakulti Perakaunan telah mengadakan Majlis Penutup University Social Responsibility (USR): Program Khidmat Pengajaran Prinsip Perakaunan dan Pemantapan Ilmu Bersama Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di sekitar Bandar Puncak Alam. Program ini dihadiri oleh 179 orang pelajar sekolah melibatkan tiga (3) buah sekolah iaitu SMK Puncak Alam, SMK Puncak Alam 3 dan SMK Saujana Utama. Projek ini terdiri dari tiga program utama iaitu Program Khidmat Pengajaran Prinsip Perakaunan Kepada Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Program Hari Kerjaya & Ceramah Motivasi serta Majlis Penutup USR, serta Program Khidmat Stock-Take Koperasi Sekolah. Majlis penutup yang diadakan menandakan kejayaan projek ini, yang melibatkan kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Fakulti turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Penaja Utama projek ini iaitu Yayasan Bank Rakyat dan tiga (3) Talent Cluster Fakulti iaitu: Transformational Accounting Education, Audit Forensic and Criminology dan Public and Corporate Accounting Reporting serta para pensyarah dan pelajar UiTM kerana bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. Penglibatan beberapa orang alumni serta Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dalam Program Hari Kerjaya & Ceramah Motivasi ini juga menandakan sokongan rakan strategik Fakulti dalam pelaksanaan aktiviti Fakulti terutamanya yang melibatkan komuniti setempat. Fakulti berharap agar dapat meneruskan projek berimpak ini pada tahun-tahun akan datang agar warga Fakulti dapat terus menyumbang kepada komuniti, sekaligus meningkatkan ketampakan UiTM ke arah Globally Renowned University 2025.

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats