Tarikh: 4 Mac 2026
Tempat: Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Puncak Alam
Alhamdulillah, program Ihya Ramadan: Manisnya Ramadan 3.0 yang berlangsung di perkarangan Bilik Kecemerlangan, Fakulti Perakaunan telah berjalan dengan lancar.
Program ini menghimpunkan warga fakulti dalam suasana penuh kebersamaan melalui aktiviti penyediaan bubur nasi dan buah Melaka, selaras dengan semangat Ramadan yang menggalakkan amalan berkongsi rezeki dan mengeratkan ukhuwah.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga fakulti yang hadir dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini terus menyemarakkan keberkatan Ramadan serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Fakulti Perakaunan.


