Tarikh: 13 April 2026
Tempat: DK300, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh jalinan strategik antara akademia dan industri melalui penganjuran Syarahan Perdana Profesor Adjung.
Alhamdulillah, fakulti berbesar hati menerima perkongsian ilmu daripada Profesor Adjung Fakulti Perakaunan, YBhg. Dato’ Zainani Jusoh, Akauntan Negara Malaysia, dan YBrs, En. Faisal Haji Abdul Malik, Rakan Kongsi Faisal Malik & Co.
Sesi ini memberi pendedahan berharga berkaitan kewangan lestari dalam sektor awam dan industri, sekaligus memperkayakan lagi pemahaman pelajar dan pensyarah terhadap aplikasi sebenar dalam dunia profesional.
Program telah berlangsung pada 13 April 2026 di DK300, UiTM Cawangan Selangor (Kampus Puncak Alam) serta secara hibrid melalui siaran langsung YouTube.
Program ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi JANM & IPN, Jabatan Bendahari UiTM Cawangan Selangor, warga fakulti serta para pelajar.


