Select your language

APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI
ACCA Bridging 2026 - From Diploma To ACCA

ACCA Bridging 2026 - From Diploma To ACCA

Tarikh: 22 April 2026
Tempat: Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam


PROGRAM ACCA BRIDGING 2026- From Diploma To ACCA, Real Stories, Real Pathway PERAKAUNAN TREK PANTAS AC111 -22 April 2026 (Rabu).

Program ACCA BRIDGING 2026- From Diploma To ACCA, Real Stories, Real Pathway telah berjaya diadakan sebagai satu inisiatif untuk membantu pelajar diploma perakaunan trek pantas membuat peralihan yang lebih lancar ke arah pengajian profesional ACCA. Perbezaan tahap silibus, pendekatan pembelajaran serta jangkaan akademik antara peringkat diploma dan profesional sering menjadi cabaran utama kepada pelajar. Oleh itu, program ini dirangka bagi merapatkan jurang tersebut melalui pendedahan awal dan persediaan yang sistematik.Program ini diisi dengan sesi perkongsian pengalaman belajar ACCA oleh UiTM-ACCA Affiliate, Ryan Oswald bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar. Selain daripada itu, program juga menjemput Koordinator Hal Ehwal Pelajar program ACCA, Dr Hazlina Hassan bagi memberikan penerangan berkaitan program ACCA dan pensyarah ACCA, Puan Y Nurli Abu Bakar bagi berkongsi pengalaman mengajar pelajar-pelajar ACCA. Melalui penerangan dan perkongsian pengalaman, pelajar memperoleh gambaran yang lebih jelas tentang cabaran dan peluang dalam bidang perakaunan profesional. Program ini juga berjaya meningkatkan minat pelajar untuk meneruskan pengajian ke arah kelayakan ACCA, sekali gus menyokong usaha melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

HEA  HEP

Admin  PJI

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 163
Pageviews 683,747

*Data source: Awstats