Tarikh: 9 - 12 April 2026
Tempat: UNPAD, Bandung, Indonesia
MEMPERKASA KOMUNITI GLOBAL: KEJAYAAN FACTVENTURE INTERNATIONAL 2.0 DI BANDUNG, INDONESIA
Delegasi mahasiswa Fakulti Perakaunan UiTM melalui penganjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) fakulti, telah berjaya melaksanakan program Factventure International Community Service Cultural Exchange 2.0 yang berlangsung di Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung, Indonesia.
Program yang berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 April 2026 ini merupakan manifestasi komitmen UiTM dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai jati diri global serta kompetensi tinggi dalam khidmat masyarakat antarabangsa.
Delegasi yang terdiri daripada lima (5) perwakilan pelajar utama (MPP, SMF, ABACCS, APACS, LESKEF) bersama seorang Pensyarah Pengiring telah melaksanakan pelbagai inisiatif impak tinggi:
1. Pendidikan Literasi Kewangan & Cukai: Bertindak sebagai fasilitator bagi program University Social Responsibility (USR) di bawah seliaan Profesor Dr. Nadiah Abd Hamid. Program bertajuk "Digital Tax and Business Literacy for Sustainable Creative Tourism" ini mensasarkan usahawan SME di Smartpreneur Ciwidey.
2. Inovasi Modul Perakaunan: Kolaborasi antara pensyarah percukaian UiTM, perwakilan UiTM, dan perwakilan UNPAD dalam menghasilkan Modul Perakaunan Ringkas bagi kegunaan usahawan kecil di Desa Penundaan, Ciwidey.
3. Kelestarian Kebajikan: Melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim di Panti Asuhan Riyadatul Jannah dengan kerjasama erat perwakilan pelajar UNPAD (HIMAPPA).
4. Pertukaran Intelektual: Sesi Focus Group Discussion (FGD) antara pemimpin pelajar UiTM dan UNPAD bagi memperkukuh hubungan diplomasi serta pertukaran idea kepimpinan mahasiswa.
Program ini diakhiri dengan lawatan akademik (Campus Tour) di sekitar kampus UNPAD bagi memahami ekosistem pembelajaran di seberang tambak.
Syabas kepada semua delegasi Factventure 2.0 atas dedikasi luar biasa dalam mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa.


