Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM bersama UiTM dan MIA

Tarikh : 7 Mac 2023
Masa : 9.00 am - 12.30 pm
Tempat: Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya

 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA). Pada majlis MoU ini, SPRM diwakili oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Hj Azam Baki, manakala UiTM diwakili oleh Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj. Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni), dan MIA oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan UiTM akan melibatkan kerjasama dalam aspek khidmat rundingan, pembangunan modul latihan, program kesedaran dan pendidikan antirasuah, perkongsian maklumat serta perkongsian kepakaran. Antara bidang kerjasama yang akan dijalankan termasuklah bidang perakaunan, undang-undang, kewangan, kejuruteraan, teknologi maklumat, sains dan statistik, perbankan serta lain-lain bidang yang diperlukan dari semasa ke semasa. MoU antara SPRM dan UiTM ini juga akan turut melaksanakan program-program perkongsian pengetahuan dan latihan yang bersesuaian untuk pegawai SPRM yang mana latihan ini akan dianjurkan secara bersama dengan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan UiTM.
 
20230307a1.jpg