Tarikh: 3 November 2024
Masa: 7.30 AM - 11.30 AM
Penganjur: Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS)
Tempat: Padang Kawad & Kawasan Persekitaran, UiTM Puncak Alam BRANCH
Bubble Fun Run 2024 merupakan satu program larian yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam mengekalkan kehidupan yang sihat dari segi mental dan fizikal dalam kalangan pelajar. Terdapat juga sesi cabutan bertuah yang ditaja Elginii. Ianya adalah kolaborasi bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Angsana.
Pertandingan ini melibatkan 1,022 pelajar UiTM Puncak Alam daripada pelbagai fakulti dan program diadakan di Padang Kawad & Kawasan Persekitaran UiTM Puncak Alam pada 3 November 2024. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman selaku Rektor Cawangan Selangor, Prof. Dr. Haslinda Yusoff selaku Dekan Fakulti Perakaunan, Prof. Madya Dr. Aida Hazlin Binti Ismail selaku Timbalan Dekan Fakulti Perakaunan, Encik Izzuan Bin Rosli selaku wakil dari CPA Australia, Saudara Haziq Haidar Bin Mubarak Marican selaku Presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Perakaunan dan Saudari Farah Safiyyah Binti Meor Syaifudin selaku presiden Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS).Tahniah kepada semua pemenang.