Bagi melonjakkan Skor MyRA Fakulti Perakaunan pada tahun 2016 ini, salah satu kriteria skor adalah jumlah pendaftaran Harta Intelek (Intellectual Property Right) oleh warga Fakulti Perakaunan terhadap sebarang produk ataupun literatur yang dimiliki yang belum dilindungi hak cipta.

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Professor/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik boleh menghubungi kami di talian 03-3258 7512/7510/7520 bagi memudahkan proses pendaftaran dan penjelasan mengenai kelayakan pendaftaran hak cipta tersebut dan kategori Harta Intelek yang boleh didaftarkan. Sijil pendaftaran hak cipta ini akan dikeluarkan oleh MyIPO dan boleh digunakan di dalam perekodan OPAL dibawah kategori Inovasi. Pendaftaran ini juga memberi impak kepada produk yang bakal dipertandingkan dan dikomersialkan sebagai salah satu kriteria utama penilaian.

Pejabat Penyelidikan dan Inovasi FACT akan meneruskan Program TAX Kiosk FACT 2016 bermula pada 11 April 2016 - 29 April 2016 di Lab Penyelidikan & Perundingan, Aras 4, Fakulti Perakaunan.

Warga Fakulti adalah dijemput hadir untuk mendapatkan rundingan percukaian secara PERCUMA daripada Pensyarah-Pensyarah Fakulti dan Wakil LHDN Malaysia.

Sesi Masa Program ini adalah pada 3 peringkat:

Peringkat 1: (Dari 11 April 2016 - 15 April 2016) - Tax Kiosk dibuka hanya pada Jam 12.00 Tengahari - 2.00 Petang - MINGGU PERTAMA

Peringkat 2: (Dari 18 April 2016 - 22 April 2016) - Tax Kiosk dibuka hanya pada Jam 12.00 Tengahari - 2.00 Petang - MINGGU KEDUA

Peringkat 3: (Dari 25 April 2016 - 29 April 2016) - Tax Kiosk dibuka 2 Sesi iaitu pada Jam 10.30 pagi - 12.30 Tengahari dan 2.00 Petang - 4.00 petang - MINGGU KETIGA

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) telah membuka permohonan geran penyelidikan dalaman iaitu Geran Dalaman LESTARI pada 26 Januari 2016 sehingga 31 Mac 2016 untuk Kitaran 1/2016

2. Geran dalaman ini bertujuan untuk meningkatkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik serta menggalakkan aktiviti penyelidikan bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. 

3. Untuk makluman pihak YBhg. Prof/Tuan/Puan permohonan geran dalaman iaitu Geran Dalaman LESTARI adalah secara atas talian melalui laman sesawang iRMIs (http://orchid.uitm.edu.my/irmis/).

4. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Geran Dalaman LESTARI untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sekretariat Geran Dalaman di talian 03-55448273/8254/8289/8251/8252/8278. 

          Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Sciencefund, Technofunddan Innofund) akan dibuka bermula 1 Januari 2016. Semua permohonan perlu dibuat secara online melalui sistem eSciencefund (Dana Sciencefund) dan eDana (Technofund dan Innofund).Kedua-dua sistem boleh dicapai melalui laman web rasmi Kementerian di www.mosti.gov.my.

 
Bagi tahun 2016, proses permohonan dana SciencefundTechnofund dan Innofund akan dibuat mengikut empat (4) kitaran seperti jadual berikut:

 

KITARAN

TEMPOH PERMOHONAN

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN

1

1 hingga 29 Januari 2016

Minggu terakhir Mac 2016

2

1 hingga 29 April 2016

Minggu terakhir Jun 2016

3

1 hingga 29 Julai 2016

Minggu terakhir September 2016

4

1 hingga 28 Oktober 2016

Minggu terakhir Disember 2016

Pemohon dipelawa untuk membuat permohonan mengikut tempoh permohonan yang ditetapkan seperti di jadual kitaran. Sistem tidak akan membenarkan sebarang penghantaran permohonan yang dibuat di luar tempoh permohonan dan sebarang rayuan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dilayan.

Sila klik link dibawah untuk pautan:

Dana Sains: http://www.mosti.gov.my/dana-geran/science-fund-2/

Dana Tekno: http://www.mosti.gov.my/dana-geran/775-2/

Dana Inno: http://www.mosti.gov.my/dana-geran/804-2/