Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Sciencefund, Technofunddan Innofund) akan dibuka bermula 1 Januari 2016. Semua permohonan perlu dibuat secara online melalui sistem eSciencefund (Dana Sciencefund) dan eDana (Technofund dan Innofund).Kedua-dua sistem boleh dicapai melalui laman web rasmi Kementerian di www.mosti.gov.my.

 
Bagi tahun 2016, proses permohonan dana SciencefundTechnofund dan Innofund akan dibuat mengikut empat (4) kitaran seperti jadual berikut:

 

KITARAN

TEMPOH PERMOHONAN

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN

1

1 hingga 29 Januari 2016

Minggu terakhir Mac 2016

2

1 hingga 29 April 2016

Minggu terakhir Jun 2016

3

1 hingga 29 Julai 2016

Minggu terakhir September 2016

4

1 hingga 28 Oktober 2016

Minggu terakhir Disember 2016

Pemohon dipelawa untuk membuat permohonan mengikut tempoh permohonan yang ditetapkan seperti di jadual kitaran. Sistem tidak akan membenarkan sebarang penghantaran permohonan yang dibuat di luar tempoh permohonan dan sebarang rayuan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dilayan.

Sila klik link dibawah untuk pautan:

Dana Sains: http://www.mosti.gov.my/dana-geran/science-fund-2/

Dana Tekno: http://www.mosti.gov.my/dana-geran/775-2/

Dana Inno: http://www.mosti.gov.my/dana-geran/804-2/