Pelaksanaan Pembaharuan Program Komuniti & Kemasyarakatan kepada Program UCTC (University Community Transformation Centre) telah dilaksanakan bagi membantu Komuniti dan Masyarakat melalui Inisiatif Pembangunan Program, Fasiliti, Sumber Kepakaran & Sokongan daripada Warga Fakulti. Program UCTC ini telah mengariskan beberapa aktiviti berimpak tinggi iaitu Program Kesukarelawan & Bencana Mercy - UiTM, Edutourism, Program Komuniti Berimpak & Berkredit, Jaringan Masyarakat Istimewa, Jaringan Masyarakat melalui Perkhidmatan Kepakaran, Pasar UCTC dan sebagainya.

 

Program ini merupakan salah satu bentuk pemindahan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat melalui sumber universiti yang sedia ada. Salurkan idea dan pendapat anda kepada kami untuk pembangunan program dan aktiviti yang memberi impak kepada semua pihak. Marilah bersama-sama kita menjayakan inisiatif murni ini untuk menjadikan Fakulti Juara dan Pemacu kepada Pendidikan Perakaunan di hati Komuniti Setempat.

 

Sila klik pada link yang disertakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program UCTC-NBOS Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

http://www.uctc.my/