Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) telah membuka permohonan geran penyelidikan dalaman iaitu Geran Dalaman LESTARI pada 26 Januari 2016 sehingga 31 Mac 2016 untuk Kitaran 1/2016

2. Geran dalaman ini bertujuan untuk meningkatkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik serta menggalakkan aktiviti penyelidikan bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. 

3. Untuk makluman pihak YBhg. Prof/Tuan/Puan permohonan geran dalaman iaitu Geran Dalaman LESTARI adalah secara atas talian melalui laman sesawang iRMIs (http://orchid.uitm.edu.my/irmis/).

4. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Geran Dalaman LESTARI untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sekretariat Geran Dalaman di talian 03-55448273/8254/8289/8251/8252/8278.