Bagi melonjakkan Skor MyRA Fakulti Perakaunan pada tahun 2016 ini, salah satu kriteria skor adalah jumlah pendaftaran Harta Intelek (Intellectual Property Right) oleh warga Fakulti Perakaunan terhadap sebarang produk ataupun literatur yang dimiliki yang belum dilindungi hak cipta.

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Professor/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik boleh menghubungi kami di talian 03-3258 7512/7510/7520 bagi memudahkan proses pendaftaran dan penjelasan mengenai kelayakan pendaftaran hak cipta tersebut dan kategori Harta Intelek yang boleh didaftarkan. Sijil pendaftaran hak cipta ini akan dikeluarkan oleh MyIPO dan boleh digunakan di dalam perekodan OPAL dibawah kategori Inovasi. Pendaftaran ini juga memberi impak kepada produk yang bakal dipertandingkan dan dikomersialkan sebagai salah satu kriteria utama penilaian.