Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT mengorak langkah untuk bersama-sama Alumni di dalam kejayaan Fakulti menjadi peneraju kepada Pendidikan Perakaunan di Malaysia bertepatan dengan slogan Fakulti iaitu "Leader in Accounting Education". Melalui program Alumni Homecoming 2015 yang diadakan baru-baru ini di Aras 14, Menara SAAS, UiTM Shah Alam, Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT akan meneruskan usaha-usaha murni ini dengan menyatukan kembali Alumni Fakulti Perakaunan UiTM seluruh Malaysia dengan mengadakan beberapa aktiviti berimpak tinggi yang akan menyokong sistem pendidikan pelajar & akademik, hubungan industri dan penyaluran misi dan visi kepada komuniti setempat dalam menjadi juara di hati masyarakat.

Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT akan berusaha mewujudkan Persatuan Alumni Fakulti Perakaunan UiTM selari dengan kehendak UiTM dan keperluan semasa dalam memastikan penglibatan dan sumbangan Alumni kepada Universiti yang tercinta ini.

Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT berharap YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cikdapat menyalurkan maklumat link dibawah kepada kenalan bagi tujuan rekod Alumni Fakulti Perakaunan sebagai Inisiatif Fasa 1 kepada aktiviti dan program yang bakal dijalankan. Usaha kita bersama mampu mengubah landskap dan membantu Fakulti menuju ke arah yang lebih cemerlang bersama ALUMNI.

https://www.surveymonkey.com/r/N2395Y6

Terima kasih atas perhatian & kerjasama yang diberikan.

"Connect Today, Engage Tomorrow"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik


PELAWAAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN IMPAK DAN KEBERKESANAN SURUHANJAYA INTERGRASI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan surat pelawaan untuk menjalankan kajian impak dan keberkesanan suruhanjaya intergrasi agensi penguatkuasaan (EAIC) untuk maklumat pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan.

Sekiranya pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan berminat emailkan kepada
 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di talian 03-8888 1904.

Sekian, Terima kasih.