Select your language

APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

Rentak Raya Digital

Tarikh : 7 April - 20 April 2025
Masa : 4.30ptg - 8.30mlm
Tempat : Platform dalam talian (TikTok & Google Form)
Anjuran: Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS)

Objektif Program:

1.Meningkatkan kreativiti & inovasi
2.Meningkatkan penglibatan kokurikulum
3.Mengukuhkan budaya & identiti universiti
4.Mempromosikan tradisi & budaya Hari Raya secara digital
5.Meningkatkan penglibatan pelajar & keharmonian kampus

Rumusan Program:

Program Rentak Raya Digital yang berlangsung dari 7 hingga 20 April 2025 merupakan satu inisiatif anjuran Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS) , yang bertujuan untuk memupuk semangat perayaan Aidilfitri melalui platform digital seperti TikTok dan Google Form . Aktiviti utama program ini ialah pertandingan mencipta sampul raya DIY dan video raya kreatif, yang melibatkan penyertaan seramai 40 pelajar Fakulti Perakaunan. Program ini berjaya meningkatkan kreativiti pelajar serta mempromosikan budaya Hari Raya dalam platform digital.

Dari aspek pembangunan insaniah, program ini turut memberi impak positif kepada pelajar yang menyertai. Berdasarkan laporan penilaian, program ini mencapai matlamatnya dengan baik. Implikasi kewangan juga terkawal dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM450.00 yang diperuntukkan sepenuhnya kepada hadiah wang tunai peserta. Secara keseluruhannya, Rentak Raya Digital merupakan program berimpak tinggi yang wajar diteruskan dan diperluas pada masa akan datang.

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

HEA  HEP

Admin  PJI

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 163
Pageviews 683,747

*Data source: Awstats