Select your language

APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

DPAS D’Excellence Awards 2025

Tarikh : 11 Januari 2025 
Masa : 4.30ptg - 8.30mlm
Tempat : Dewan Serbaguna Seroja, Kolej Kediaman Seroja, UiTM Shah Alam

Objektif:

Bagi menghargai dan meraikan usaha gigih, dedikasi, serta pencapaian cemerlang para pelajar berprestasi tinggi dari DPAS.

Rumusan Program: 

Program DPAS D’Excellence Award 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Association of Professional Accounting Students (APAcS) bagi meraikan dan menghargai pencapaian cemerlang para pelajar dalam pelbagai kategori seperti Penerima Anugerah Utama, PROKHAS, Elit, Pencapai Terbaik, Senarai Dekan, serta Graduan ACCA-FIA. Majlis ini telah menjadi satu platform yang bermakna bagi para pelajar untuk merasai pengiktirafan terhadap usaha dan dedikasi mereka sepanjang pengajian. Program turut diserikan dengan kehadiran wakil strategik daripada ACCA Malaysia serta barisan pengurusan tertinggi UiTM, termasuk ucapan tahniah daripada Naib Canselor UiTM dan perasmian oleh Dekan Fakulti Perakaunan.

Sepanjang program berlangsung, beberapa sesi utama telah diadakan seperti upacara pembukaan, penyampaian anugerah kepada penerima dari dua sesi akademik berbeza, sesi graduasi ACCA-FIA, dan penyampaian anugerah Senarai Dekan. Program diakhiri dengan sesi fotografi rasmi bersama VIP dan para penerima anugerah. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini bukan sahaja telah menyuntik semangat kecemerlangan dalam kalangan pelajar, malah berjaya mengukuhkan rasa bangga dan kesetiaan mereka terhadap institusi pendidikan.

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

HEA  HEP

Admin  PJI

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 163
Pageviews 683,747

*Data source: Awstats