Tarikh : 25 April - 11 May 2025
Platform : Instagram dan TikTok
Objektif:
Untuk menggalakkan pelajar 14 untuk merakam dan berkongsi sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka melalui penghasilan video. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti, menggalakkan kemahiran dalam media digital, serta memelihara tradisi budaya dalam pendekatan yang moden. Dengan memupuk penglibatan dan hubungan antara pelajar, program ini memberi ruang kepada mereka untuk mengekspresikan pengalaman perayaan yang unik sambil menghayati seni penceritaan visual melalui vlog.
Rumusan Program:
Program Life Through the Lens: A Vlog by 14Student bertemakan Hari Raya Aidilfitri telah berjaya dianjurkan oleh Association of Professional Accounting Students (APAcS) sebagai satu inisiatif maya yang memberi ruang kepada pelajar untuk menzahirkan kreativiti mereka melalui penghasilan vlog bertemakan sambutan Hari Raya. Program ini bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar dalam bidang media digital, komunikasi, dan penceritaan visual, sambil memupuk semangat menghargai dan mengekalkan tradisi budaya dalam pendekatan yang moden dan menarik. Para pelajar digalakkan untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka seperti suasana pagi raya, pertemuan keluarga, dan adat tradisi menerusi tema rasmi "Syawal Diaries: A Day in My Raya Life."
Sepanjang penganjuran program ini, beberapa fasa utama telah dilaksanakan, termasuk pengumuman acara melalui platform rasmi APAcS, pendaftaran peserta, penyerahan vlog melalui akaun Instagram masing-masing, dan sesi undian umum berdasarkan bilangan tanda suka (likes) yang diterima. Vlog terbaik telah diumumkan sebagai pemenang dan seterusnya dipaparkan di akaun rasmi Instagram APAcS sebagai penghargaan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan di Pejabat APAcS, Aras 8. Program ini bukan sahaja memberi pengiktirafan terhadap usaha kreatif pelajar, malah berjaya mewujudkan suasana interaktif serta meningkatkan keterlibatan dalam komuniti pelajar Fakulti Perakaunan secara menyeluruh.