Seramai 50 peserta telah menyertai International Research Writing Bootcamp (IRWB) 2025 yang berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun 2025 di Monopoli Hotel, Bukittinggi, Indonesia.
Program ini bertujuan untuk merancakkan budaya penyelidikan dalam kalangan warga Fakulti Perakaunan serta memperkasakan kemahiran penulisan artikel penyelidikan bagi meningkatkan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, seiring dengan matlamat UiTM sebagai Global Renowned University (GRU) 2025.
Antara peserta yang terlibat:
✅ 14 pensyarah Fakulti Perakaunan
✅ 11 pelajar pascasiswazah (FACT, ARI, Mitrans, Masscom, FSPPP)
✅ Rakan kolaborasi antarabangsa dari Universitas Riau dan Universitas Andalas
✅ Wakil dari IIUM & UniSZA
Turut hadir memeriahkan majlis adalah tetamu kehormat:
🔹 Dekan Universitas Riau
🔹 Dekan Universitas Andalas
🔹 Walikota Bukittinggi, Indonesia
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang lebih berkualiti dan kolaborasi yang lebih kukuh di peringkat antarabangsa.