Pada 24 September 2025, Pengurusan Kanan Fakulti Perakaunan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Zainani Jusoh, di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya.
Pertemuan ini membincangkan beberapa perkara penting termasuk pengenalan fakulti dan program akademik, serta potensi kerjasama strategik.


