Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 9.30 am - 11.00 am
Tempat: Bilik Mesyuarat Kristal, Aras 2, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam
Persatuan Firma-Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF) telah membuat kunjungan hormat kepada Dekan Fakulti Perakaunan, YBrs. Profesor Dr. Norli Ali selaku Pengerusi Majlis Dekan dan Ketua Jabatan Perakaunan Universiti Awam pada 23 Oktober 2025 (Khamis).
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim serta membuka ruang kolaborasi strategik di antara Majlis Dekan dan Ketua Jabatan Perakaunan Universiti Awam dan Persatuan Firma-Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF) dalam memperkasa ekosistem perakaunan negara.
Kehadiran daripada pihak Persatuan Firma-Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF) adalah seramai lima (5) orang iaitu:
- Hj. Mohd Nasri Bin Ismail – Presiden
- Ahmad Rizal Bin Abd Razak – Setiausaha
- Tuan Muhamad Firdaus Bin Tuan Omar – Ahli Jawatankuasa
- Ramzee Bin Che Omar - Ahli Jawatankuasa
- Cik Nurul Bai’nah Binti Jailan – Pengurus
Manakala wakil Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah seramai dua (2) orang iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Tuan Zainun Tuan Mat dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Aida Hazlin Ismail.
Sesi kunjungan hormat diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara pihak Persatuan Firma-Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF) dan Majlis Dekan dan Ketua Jabatan Perakaunan Universiti Awam.


