APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

TAKLIMAT DAN DEMO PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN MELALUI SISTEM RESEARCH ETHICS DEPOSITORY (RED)

Tarikh : 7 September 2022
Masa: 10.00am - 12.00pm
Platform : Webex 

Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam telah menganjurkan program Taklimat dan Demo Permohonan Kelulusan Etika Penyelidikan melalui Sistem Research Ethics Depository (RED) yang disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Prof. Madya Dr. Norziaton Ismail Khan, selaku Ketua Etika Penyelidikan Fakulti Perakaunan dan Puan Nur Adilah Ruslee, selaku Sekretariat Jawatankuasa Etika Penyelidikan UiTM.

Seminar ini diadakan bertujuan membantu pensyarah dan pelajar pasca siswazah Fakulti Perakaunan meningkatkan kefahaman berkaitan tatacara permohonan kelulusan etika penyelidikan melalui Sistem Research Ethics Depository (RED).

Seramai 30 orang peserta telah menghadiri taklimat ini yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pasca siswazah Fakulti Perakaunan.

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats