APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

RICAEN: FACT RESEARCH WRITING BOOTCAMP (SIRI 2/2023)

Tarikh: 29 - 31 Mei 2023 (Isnin-Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat: LaCrista Hotel, Melaka

 
RICAEN Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam telah menganjurkan program bengkel “FACT Research Writing Bootcamp (Siri 2/2023)” di LaCrista Hotel, Melaka. Bootcamp ini diadakan bertujuan bagi merancakkan lagi budaya penyelidikan di kalangan warga Fakulti Perakaunan. Melalui Bootcamp ini staf fakulti dapat menyiapkan artikel secara lebih sistematik serta menepati ciri-ciri artikel yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks dan berimpak tinggi. Selain itu, inisiatif sebegini diharap dapat memperkasakan agenda penyelidikan bagi meningkatkan lagi mutu penyelidikan UiTM ke peringkat global. Seramai 27 orang peserta telah menghadiri Bootcamp ini, 37 artikel telah berjaya dihantar ke jurnal-jurnal berindeks dan berimpak tinggi yang telah dikenalpasti dengan lebih awal oleh Publication Manager Fakulti. Tahniah juga diucapkan kepada 3 pemenang bertuah yang telah terpilih untuk mendapat hadiah percutian 2 hari 1 malam dari pihak Hotel LaCrista, Melaka:
? Penghantaran manuskrip terbanyak (Berimpak Tinggi) - Dr. Maslinawati Mohamad
? Penghantaran manuskrip terpantas - PM Dr. Rina Fadhilah Ismail
? Penghantaran manuskrip terbanyak - Dr. Muhammad Nazmul Hoque
 

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats