APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

Bengkel Pengurusan Kos Bersama Peniaga Kecil

Tarikh : 15 Julai 2023
Masa: 8.30 am - 5.00 pm

 
Bengkel Pengurusan Kos Bersama Peniaga Kecil telah berlangsung di Fakulti Perakaunan pada 15 Julai 2023 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel ini telah dirancang secara terperinci bagi meningkatkan pengetahuan pihak Peniaga Kecil dan Sederhana yang terlibat dalam pengurusan kos bagi perniagaan masing-masing. Pengurusan kos adalah sesuatu perkara penting kerana ianya akan memberikan kesan terhadap keuntungan perniagaan serta kecekapan penggunaan sumber kewangan perniagaan.

Bengkel anjuran Kluster Pengurusan Perakaunan Strategi (SMA) Fakulti Perakaunan telah berjaya dihadiri oleh seramai 15 orang peserta dibantu oleh para pensyarah fakulti yang berpengalaman. Dengan penganjuran bengkel ini ianya dapat menambahbaik aspek Pengurusan kos peniaga yang terlibat di samping usaha pihak fakulti dalam menyantuni tanggungjawab sosial untuk kebaikan bersama.
 

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats