APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

Program K-SEMANIS 23 (Seminar Menjana Inovasi STEM 2023)

Tarikh : 09 & 10 Ogos 2023

 
Program K-SEMANIS 23 (Seminar Menjana Inovasi STEM 2023) telah berlangsung dari 9-10 Ogos 2023. Program anjuran Fakulti Pendidikan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Selangor ini diadakan di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Pembentangan Halatuju Pendidikan Tinggi menfokuskan pendedahan untuk persediaan bagi memilih program pengajian di peringkat pengajian tinggi kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 5 dan 6. Pihak Fakulti Perakaunan dengan jayanya telah melengkapkan undangan untuk slot halatuju pendidikan di dalam program ini. Profesor Madya Dr. Tuan Zainun Tuan Mat, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, berserta Ketua Pusat Pengajian iaitu; Profesor Madya Dr. Fadzlina Mohd Fahmi, Puan Rohayu Yusop dan Puan Rosmini Mohd Aripin turut terlibat berkongsi maklumat berkenaan program-program yang ditawarkan di fakulti.

Sepertimana yang kita sedia maklum, program yang ditawarkan oleh fakulti sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pelajar. Langkah ini dilihat sebagai usaha memupuk minat pelajar dari awal agar mereka akan lebih jelas berkenaan peluang dan landasan yang ada demi merealisasikan cita-cita di masa hadapan.

#factuitm
#TogetherWeExcel
 

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats