APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

Bengkel Pecutan Akhir Penulisan Draf AKNC 2024

Tarikh : 11 dan 12 Julai 2024
Tempat : Smart Classroom AC205, Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Puncak Alam

Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Kualiti Fakulti Perakaunan dengan tujuan untuk menyiapkan draf akhir laporan AKNC 2024. Seramai 33 peserta yang terdiri daripada penulis setiap kriteria, pemilik data, dan sekretariat yang dilantik telah mengambil bahagian dalam bengkel ini.

Tiga sesi penulisan berlangsung pada hari pertama membolehkan peserta memberi tumpuan penuh kepada penulisan draf laporan. Manakala pada hari kedua, sesi penulisan  melibatkan para peserta melengkapkan deraf penulisan dengan penyelarasan kriteria proses dan kriteria hasil serta mendapatkan maklumbalas penulisan daripada Penyelaras AKNC Fakulti dan Ketua Unit Kualiti.

Semoga komitmen dan dedikasi para peserta bengkel ini dapat menghasilkan satu lapuran yang mantap dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan untuk terus menyokong dan melibatkan diri dalam penyediaan laporan AKNC yang merupakan pelaporan tahunan yang disyaratkan oleh UiTM kepada semua fakulti

Syabas dan tahniah diucapkan!

Quality is Us

Unit Kualiti FACT

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats