APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

12 subjek UiTM disenarai dalam ranking dunia (BH Online)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyertai senarai universiti elit dunia apabila 12 daripada 48 subjeknya tersenarai dalam 'QS World University Rankings by Subjects 2018'.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata 12 subjek berkenaan adalah Senibina dan Alam Sekitar; Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan; serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Selain itu, Sains Komputer dan Sistem Maklumat; Pertanian dan Kehutanan; Ubat; Farmasi dan Farmakologi; Kimia; Perakaunan dan Kewangan; Pengajian Perniagaan dan Pengurusan; serta Pendidikan.

"Semua subjek disenaraikan berdasarkan prestasi mereka menerusi empat petunjuk iaitu reputasi rakan akademik, reputasi siswazah oleh majikan, jumlah Scopus diindeks artikel yang dikutip dalam tempoh lima tahun dan indeks H yang juga diekstrak dari Scopus.

"Indeks H adalah ukuran impak rujukan dan produktiviti mahasiswa dalam bidang yang mereka ceburi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hassan berkata, UiTM juga menunjukkan peningkatan dalam empat subjek iaitu Sains Sosial dan Pengurusan; Kejuruteraan dan Teknologi; Seni dan Kemanusiaan; serta Sains Hayat dan Perubatan.

Malah, katanya, Ilmu Hayat dan Perubatan pertama kali disenaraikan dalam kedudukan 451-500 subjek terbaik di dunia.

Beliau berkata, secara keseluruhan, UiTM menunjukkan peningkatan di kedudukan 326 yang mana kebanyakannya disumbangkan oleh reputasi graduan oleh majikan dan indeks H dari Scopus, sekali gus membuktikan keyakinan majikan terhadap graduan UiTM terus meningkat.

"Peningkatan dalam indeks H dari Scopus menunjukkan kakitangan akademik UiTM berjaya menghasilkan penulisan penyelidikan berkualiti dan dijadikan rujukan antarabangsa," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/03/394418/12-subjek-uitm-disenarai-dalam-ranking-dunia

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats