APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

100 pelanggan BSN Mikro/ i sertai projek rintis perakaunan UiTM (Utusan online)

KUALA LUMPUR 18 Mac - Seramai 100 pelanggan Bank Simpanan Nasional Mikro Islamik (BSN Mikro/i) terpilih untuk menyertai program projek rintis analisis usahawan kewangan mikro selama enam bulan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd. Rashid berkata, sepanjang tempoh program diadakan para pelanggan BSN Mikro/i berpeluang mempelajari penggunaan perisian perakaunan dengan tunjuk ajar para pelajar dan pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM.

“Melalui program ini para pelanggan BSN Mikro/i dapat merekodkan maklumat perniagaan mereka dengan lebih tepat serta membina rekod transaksi perniagaan dengan lebih teratur dan sistematik.

“Selain itu, mereka juga dapat mengenal pasti kedudukan kewangan syarikat, mengawal kos dan perbelanjaan perniagaan serta mengawal aliran tunai perniagaan, jumlah pendapatan, perbelanjaan perniagaan secara harian, mingguan dan juga bulanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perisian perakaunan SPS Lite diberikan secara percuma selama setahun kepada pelanggan BSN Mikro/i yang terpilih.

Mujibburrahman berkata, kaedah yang digunakan akan turut memudahkan para pelanggan Mikro/i untuk membuat pembayaran cukai atau zakat dan berpeluang mengenal pasti punca kemerosotan serta mengelakkan penyelewengan di syarikat mereka melalui perisian perakaunan berkenaan. - BERNAMA

http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/100-pelanggan-bsn-mikro-i-sertai-projek-rintis-perakaunan-uitm-1.864356

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats