APPLY  |  GIVE  |  STUDENTS  |  STAFF  |  ALUMNI

Yayasan Arshad Ayub sumbang dana RM200,000 kepada Fakulti Perakaunan (Utusan online)

SHAH ALAM: Yayasan Arshad Ayub menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat UiTM, dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai yuran pengajian program profesional Peperiksaan Badan Akauntan Bertauliah (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) bagi 37 pelajar Fakulti Perakaunan di tahap pengajian Diploma dan Sarjana Muda.

“Penerimaan dana dari Yayasan Arshad Ayub menambahkan lagi motivasi sekali gus memberikan impak yang positif dalam menyemarakkan lagi semangat cinta ilmu dalam kalangan pelajar UiTM.

“Majlis ini merupakan sebagai satu simbolik Yayasan Arshad Ayub dalam menyantuni harapan besar Allahyarham Tun Arshad Ayub untuk membalas budi dan menyempurnakan nilai
kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.

Majlis penyerahan dana disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Arshad Ayub, Tan Sri Mohd. Ibrahim Mohd. Zain kepada Dekan Fakulti Perakaunan, Prof. Dr. Haslinda Yusoff dan disaksikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor.

Jelas kenyataan itu lagi, perjuangan Arshad dalam memartabatkan penjanaan ilmu pengetahuan secara berterusan dalam menghasilkan kualiti kehidupan yang lebih bermakna adalah begitu sinonim dengan penyerahan sumbangan dana yayasan tersebut bagi tujuan kecemerlangan akademik para pelajar di institusi pendidikan.

Jelasnya lagi, Allahyarham tetap dikenang sebagai tokoh pendidikan negara yang begitu dekat dengan UiTM dan Fakulti Perakaunan.

“Selain memperkenalkan program profesional ACCA ke Fakulti Perakaunan, Allahyarham juga telah berusaha menjadikan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di UiTM.

“Hasrat dan legasi Allahyarham tetap diteruskan melalui inisiatif dana Yayasan Arshad Ayub ini,” ujarnya.

Selain penyerahan dana tersebut, pihak yayasan turut menyampaikan dua cek bernilai RM1,000 setiap satu kepada dua pelajar Fakulti Perakaunan.

Mereka yang bertuah itu adalah Danish Zafran Bazam, pelajar yang telah berjaya meraih ACCA Top Prize Winner 2023.

Manakala Nursyarah Najwa Abdullah pula adalah pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan dwi kelayakan bersama ACCA.

Apa yang lebih membanggakan, beliau terus lulus kali pertama kesemua kertas peperiksaan ACCA yang diduduki. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/yayasan-arshad-ayub-sumbang-dana-rm200000/

 

CONTACT US

Faculty of Accountancy
Aras 1 & 2 Bangunan FPN,

Universiti Teknologi MARA,
Cawangan Selangor, 
Kampus Puncak Alam, 
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Academic Office

DPAS Office

Social Media

   

 

 

WEBSITE STATISTICS

This Year

Visitor 406
Pageviews 1,024,934

*Data source: Awstats