Date: 22 March 2024
Time: 9.00 am
Venue: Level 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam
Termeterai Memorandum Perjanjian dan Memorandum Persehafaman di antara UiTM dengan Salihin Academy (SA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada 22 Mac 2024 di Ruang Legar Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar dengan kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM, YBrs. Prof. Dr. Haslinda Yusoff, Dekan, Fakulti Perakaunan, Dr. Salihin Abang, YBhg. Dato Gan Ah Tee, Encik Ang Wen How dan Cik Shenola Gonzales.
Pihak Fakulti Perakaunan, UiTM amat berbesar hati dengan jalinan kolaborasi yang telah termeterai bersama SA, MICPA, ACCA dan ICAEW ini. Selain mendapat pengiktirafan sebagai ‘tuition provider’ untuk mengelolakan program profesional di UiTM, kolaborasi sebegini ternyata akan melahirkan jalinan yang lebih bermakna di antara UiTM dengan pihak industri dan badan profesional. Selain daripada itu, ianya juga bakal memberikan impak positif kepada para pelajar dalam peluang latihan praktik & pekerjaan, perlantikan sebagai duta pelajar juga mewujudkan saluran yang diminati pelajar dalam menyambung pelajaran dalam bidang profesional. Ini dapat merealisasikan impian fakulti dan UiTM untuk melahirkan lebih ramai akauntan profesional di masa hadapan.