Subjek Prinsip Perakaunan mahupun program Perakaunan sering dikaitkan dengan buku kira-kira ataupun keseimbangan lejar.
Ramai juga melabelkan pembelajaran perakaunan di sekolah itu hanya mempunyai satu cabang kerjaya kepada seseorang pelajar iaitu sebagai ‘akauntan’.
Namun tahukah anda, ilmu perakaunan ini menawarkan pelbagai kerjaya kepada pelajar?
Sinar Bestari tampilkan dua sosok menggegarkan dunia iaitu Danish Zafran Bazam dan Amin Zulharis yang merupakan pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkongsi keistimewaan dunia perakaunan.